Pertama kali memandang wajahmu…..
aku dapat rasa ada suatu perjanjian antara kita.
Walaupun waktu itu antara kita ada garis sempadan yang membezakan..
namun aku dapat rasakan sesuatu keanehan perasaan.
Hati kecilku berbisik kau milikku.
Kau memandangku dari kejauhan dan aku merenungmu dalam diam.
Aku tidak tahu apakah kuasa yang ada hinggakan aku begitu yakin pada perasaanku tika itu.
Setiap kali aku kekeliruan dan dalam kebingungan kau akan muncul di pandangan,
lantas memberikan ku kesegaran dalam jiwaku yang kekusutan.
Kehadiranmu seolah-olah memberiku suatu harapan.
Aku tak tahu dari mana sumber kekuatan
namun aku tahu ianya ada padamu sewaktu kau kupandang.
Aku berkata pada hatiku sendiri,
aku bersoal pada diriku sendiri,
dan aku memujuk diriku sendiri untuk mencari kebenaran.
Sesuatu yang tidak dirancang telah memberi kita salam perkenalan.
Ayat pertama yang kau lafazkan padaku terpahat di hatiku.
Aku sendiri tidak tahu bilakah aku melanggari garis sempadan
sehingga tanpa ku sedar hubungan yang sepatutnya terbatas
sudah menjadi tidak terbatas oleh kawalan fikiran.
tanpa mempedulikan sehebat mana halangan dan rintangan yang kan mendatang.
Kalbu kita dibaluti keasyikan,
jiwa kita dicengkam kerinduan dan hati kita bersatu dalam seribu keindahan
lantas memenjara kewarasan fikiran..
Kau mewarnai kehidupan ku.
Aku mendambakan dirimu di segenap ruang hidupku.
Ku ukir namamu di lubuk hatiku yang paling dalam.
Kau lukis wajahku di benak fikiran.
Kau membimbingku dikala aku memerlukan pertolongan,
aku bersamamu didalam susah dan senang..
Harta, wang dan kedudukan tidak menjadi garis ukuran untuk kita setia bersama.
Paras rupa bukanlah satu pertaruhan untuk kau menyayangiku.
Hadirmu menyeri senyumku , hadirku menyinari hidupmu.
Kebahagianku pada senyumanmu dan sedihmu pada air mataku.
Seandainya seharian dibebani kekusutan kerana cinta,
kau dan aku masih boleh tersenyum di dalam kesulitan
dan seandainya terjadi perselisihan madu dimulut tak tertelan.
Hari demi hari wajahmu menunggu di hujung malam,
Satu demi satu tentang dirimu aku mimpikan,
Adakah adanya lagi untuk kita .. suatu pertemuan..
Indahnya suatu pertemuan (^^,)v
munkin pertemuan kita secara kebetulan ..
tapi percayalah ianya telah dirancang oleh DIA ..
.:: HanYa sAya & aWak mEnGerTi ::.
Masa_ 5:00 AM
Mode_ Runsing + Rindu (n_n)
Contengan Hak Milik Kekal_ Mista Anepz
.jpg)






